Seorang Bintara Kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah 8 ribu riinggit, supaya tidak mengenakan tindakan ke atas kapal milik sebuah syarikat, tahun lalu.<br />Tertuduh, Mohd Rusdi Mohd Joha, 47 tahun, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
